Nasib Jurufoto Separuh Masa

Lama sudah tak berkemaskini laman ni. Jangan kata sawang, ular sawa pun dah beranak pinak :lol: Inilah nasib kami sebagai jurufoto amatur yang hanya bersandarkan minat dalam bidang fotografi tapi mempunyai sumber pendapatan utama yang lain mahu tidak mahu terpaksa didahulukan perkara yang paling utama.

Walaupun masih ada ruang untuk menekan punat kamera, mengadap komputer semata-mata bukan masanya. InsyaAllah jika diizinkan Allah kami akan teruskan perjuangan. :)

Satu Perubahan

blog featured image Satu Perubahan

Laman ini yang kesekian kalinya mengalami transformasi berikutan beberapa masalah. Selain itu, bertujuan untuk menyegarkankan kembali pandangan yang mungkin sedikit jemu.

Diharap dengan perubahan ini dapat membawa impak yang diharapkan. Dengan sokongan rakan-rakan tentunya ;)